Saturday, 27 September 2014
Number Gators (Greater Than, Less Than Symbols Song)
The Number Gators are hungry! This twangy, toe-tapping math song for kids helps explain the concept of the greater than and less than symbols when comparing numbers. To find more songs, games, and stories, check out Brainzy games: http://edcate.co/brainzy
There was an alligator in the swamp,
Who'd sneak up on numbers and start to chomp,
Whenever two numbers sat on the ground,
She'd face the bigger one, and gobble it down!
Number gators like to eat what's greater
They turn their backs on what is less.
Their mouths open wide, for the bigger side.
And they munch down the whole great mess.
When there are two numbers that are the same,
The gator changes form and she swaps her name.
Because she isn't sure exactly how to dine.
She stands right in the middle, as an equal sign.
Number gators like to eat what's greater
They turn their backs to what is less.
Their mouths open wide, for the bigger side.
And they munch down the whole great mess.
Brainzy Games: http://edcate.co/brainzy
Facebook: https://www.facebook.com/Education.co...
Twitter: https://twitter.com/education_com
Pinterest: http://www.pinterest.com/education_com/
Friday, 26 September 2014
Thursday, 25 September 2014
Best Vid :) Greater Than, Less Than, Equal To
Get some practice comparing numbers with this educational song for kids! Young mathematicians will see if each number is greater than, less than, or equal to another number. To find more songs, games, and stories, check out Brainzy games: http://edcate.co/brainzy
Let's try it ! :)
Kindergarten Lesson: Recognising Groups
Want to do some practice questions now? Visit http://mathsonline.com.au to access a bank of questions. You can also access the maths lesson summary and worksheet. If you have any questions just email us info@mathsonline.com.au
LOVE MATHS :)
"Shapes Songs Collection Vol. 1" - 35 Mins of Baby, Toddler, Kindergarte...
It's 35 Minutes of Catchy Melodies to Teach Children Shapes, Colors & Counting. Get Kiddies Singing and Learning with this Instant Kids Classic.
The Core Vocabulary is "Circle, Square, Triangle, Rectangle, Oval, Heart, Diamond, Star". This Video is aimed at Pre-Verbal Babies,
Children with Autism & Learning Disabilities and English as a Second Language ESL Students.
Jom kita tengok video ni adik-adik ! best :)
Tuesday, 23 September 2014
Saturday, 20 September 2014
BANDINGAN
Adik-adik dah cuba padankan yang kak Azie post semalam ? okay . Jom kita lihat hasil jawapan kak Azie....
Okay ! Sama tak dengan adik-adik buat ? Kalau sama , tahniah . Kalau tak , jangan sedih-sedih . Tahniah juga kerana mencuba . Hari ini , kita buat aktiviti mewarna . Adik-adik dikehendaki mewarna dengan membuat perbandingan , objek manakah paling banyak .
Jom , kita mewarna . Akak tau adik-adik semua pandai dalam menilai .
CONTOH :
Kesimpulannya , nilai 5 lagi banyak berbanding nilai 4.
SELAMAT MENCUBA ADIK-ADIK:)
Friday, 19 September 2014
PADANKAN BENTUK YANG SAMA
Assalamualaikum adik-adik sayang ! Hari ni kak Azie nak ajak adik-adik cuba padankan rajah yang kak Azie post ini . Sangat mudah dan senang . Jom kita sama-sama buat . Selamat mencuba ! :)
Untuk permainan dan pembelajaran secara online yang pertama ini , adik-adik hanya perlu padankan bentuk yang sama .
Untuk permainan dan pembelajaran secara online yang pertama ini , adik-adik hanya perlu padankan bentuk yang sama .
senang je kan ? pandai adik-adik . kekalkan prestasi anda !
Thursday, 18 September 2014
MENGECAM CORAK BERULANG DAN MEMBINA POLA
Assalamualaikum . Hai Adik-adik ! Jom kita cuba dan buat apa yang ada dalam post kak Azie untuk kali ini . Untuk hari ini , kak Azie memberi ruang untuk adik-adik cuba mengecam corak berulang dan membina pola pada gambar yang kak Azie sediakan . Adik-adik boleh print setiap gambar yang kak Azie sediakan untuk mencuba . Selamat mencuba adik-adik tersayang !
AKTIVITI 1 : Corak Berulang
AKTIVITI 2 : Membina Pola
Wednesday, 17 September 2014
KONSEP AWAL MATEMATIK
KONSEP AWAL
Konsep awal matematik di peringkat prasekolah terbahagi kepada :
· pranombor
· nombor
· pengukuran
· konsep masa
· konsep ruang
· pengelasan
· perbandingan
· seriasi
· padanan satu dengan satu
· pola
· keabadian
1.1 Pengelasan
Pengelasan adalah pengumpulan objek dalam kelas atau subkelas berdasarkan ciri-ciri yang jelas. Tujuannya untuk memastikan murid dapat membezakan dan mengumpulkan objek berdasarkan kesamaan dan perbezaan. Klasifikasi objek boleh dilakukan berdasarkan:
· Satu ciri (contoh: warna atau bentuk atau saiz)
· Dua ciri (contoh: warna dan bentuk atau warna dan saiz)
· Tiga ciri (contoh: warna, bentuk dan saiz)
· Negatif (contoh: objek yang tidak terdapat dalam kumpulan tertentu)
Kanak-kanak akan diperkenalkan dengan cara menyusun mengikut susunan mudah dan mengumpulkan mengikut bentuk, saiz, warna, corak, dan fungsi. Aktiviti yang boleh dijalankan adalah dengan mencampurkan semua barang-barang bersama. Kanak-kanak perlu mengasingkan barang-barang tersebut dalam kumpulan atau set yang berbeza.
Aktiviti pengelasan adalah proses penting untuk membentuk konsep nombor.
Proses pengelasan perlu melalui beberapa tahap;
· Memilih dan membanding,
· Mengumpul,
· Memilih semula,
· Mengasingkan kumpulan, dan
· Memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan atau konsep.
1.2 Perbandingan
Contoh perbandingan: membandingkan
1) Ukuran
– Panjang : pendek
– Tinggi : rendah
– Tebal : nipis
2) Saiz
– Besar : kecil
3) Berat
– Berat : ringan
4) Bilangan / kuantiti
– Banyak : sedikit
5)Jenis objek
1.3 Seriasi
Seriasi merupakan susunan lebih daripada dua objek mengikut turutan berdasarkan kriteria yang jelas. Tujuannya adalah untuk memastikan susunan turutan yang betul. Kebolehan menyusun dan menertib adalah mengikut perkembangan konservasi dan pengelasan.
Contoh seriasi:
· Menyusun mengikut pola urutan
Kecil – besar, nipis – tebal, rendah – tinggi, pendek – panjang, sempit – luas.
· Menyusun objek mengikut ciri
Contoh seriasi:
· Menyusun mengikut pola urutan
Kecil – besar, nipis – tebal, rendah – tinggi, pendek – panjang, sempit – luas.
· Menyusun objek mengikut ciri
1.4 Padanan Satu dengan Satu
Padanan satu dengan satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara objek yang sama atau berbeza. Proses memadan bermula daripada konsep memadan objek dengan objek mengikut warna, saiz, bentuk, bilangan, pasangan dan sebagainya, objek dengan nombor dan nombor dengan nombor. Memadan bilangan objek dengan simbol juga adalah sebahagian daripada konsep padanan satu dengan satu.
Contoh padanan satu dengan satu;
· Memadan benda yang berpasangan yang sama seperti kasut.
· Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama seperti garpu dengan
sudu.
· Memadan bilangan yang sama.
· Memadan bilangan objek dengan simbol nombor.
1.5 Pola
Salah satu aspek dalam matematik adalah mengkaji pola. Contohnya, dalam kehidupan seharian kita, ada waktu siang dan waktu malam. Terdapat empat cara bagaimana konsep pola boleh dikembangkan dalam diri murid;
· Meniru pola,
· Menyambung pola,
· Melengkapkan pola, dan
· Membina pola sendiri.
1.6 Keabadian
Ketekalan (consistency) merupakan satu aspek yang boleh dikaitkan dengan jisim, isipadu, dan keluasan. Tujuan konsep keabadian diperkenalkan adalah untuk memastikan murid-murid memahami ketekalan jisim dan isipadu walaupun diletakkan, disusun atau diatur di tempat atau keadaan yang berbeza.
2.0 NOMBOR
Nombor memainkan peranan penting dalam pembelajaran matematik. Nombor adalah sesuatu yang dikaitkan dengan kuantiti, kesedaran yang melibatkan konsep dari mudah ke kompleks. Nombor boleh dipecahkan kepada :
· membilang
· konsep nombor
· operasi nombor
2.1 Membilang
Membilang adalah satu proses yang rumit dan memerlukan ketelitian yang mana murid-murid memberikan nama bagi sesuatu nilai nombor. Terdapat empat prinsip membilang yang perlu dikuasai oleh murid sebelum mereka dapat membilang secara rasional dan bukan secara hafalan. Empat prinsip ini adalah;
· Prinsip padanan satu dengan satu, di mana murid dapat memadankan satu
objek dengan satu nama nombor,
· Prinsip susunan nombor yang mengikut urutan (stable order) iaitu bermula dari 1,2, 3,... dan seterusnya,
· Prinsip Cardinal iaitu nama dan nombor yang terakhir adalah jumlah objek yangdibilang, dan Order Irrelevance (ketakberkaitan) iaitu boleh memulakan pengiraan dari mana-mana kedudukan. Untuk menjadi pembilang yang rasional, murid harus menguasai keempat-empat prinsip tersebut.
2.2 Konsep Nombor
Konsep nombor disimpulkan oleh pemikiran seseorang daripada kumpulan atau kumpulan benda yang dilihat. Konsep nombor menggambarkan bilangan atau banyaknya benda bagi sesuatu kumpulan iaitu sifat kuantiti benda tersebut manakala angka adalah simbol atau tanda yang mewakili serta menggambarkan konsep nombor.
Sistem nombor yang digunakan hari ini mempunyai empat ciri penting iaitu;
- Nilai tempat – kedudukan digit mewakili nilai tertentu.
- Asas sepuluh – bermaksud koleksi sepuluh yang mempunyai 10 digit dari sifar ke sembilan.
- Penggunaan sifar – Simbol untuk sifar yang menyatakan sesuatu yang tidak wujud.
- Mempunyai nilai tambah
- Nombor boleh ditambah berdasarkan nilai tempat.
2.3 Operasi Nombor
Pembelajaran operasi nombor melibatkan konsep tambah (+) dan tolak (-). Konsep asas bagi operasi tambah ialah proses dua himpunan yang disatukan dan menjadi jumlah tertentu. Manakalan konsep tolak adalah apabila satu himpunan objek dikeluarkan sebahagian daripadanya. Prasyarat sebelum mengajar operasi nombor adalah;
- Membilang – berdasarkan 4 prinsip membilang secara rasional.
- Pengalaman konkrit – operasi dimulakan dengan bahan maujud secara bergambar atau simbol.
- Konteks penyelesaian masalah
- Satu situasi penyelesaian masalah diberi.
- Penggunaan bahasa yang betul
- Bahasa yang betul perlu digunakan supaya operasi itu lebih bermakna.
Operasi nombor terbahagi kepada 2 iaitu :
(a) Operasi Tambah
Operasi tambah merupakan gabungan antara dua set objek. Guru boleh menggunakan pendekatan ELPS (Experience, Language, Picture, Symbol) ketika mengajar operasi tambah. Pengalaman konkrit diberikan di samping penggunaan yang betul bagi mewakili operasi dalam bentuk bergambar serta bentuk simbol.
Contoh:
- Menggunakan objek konkrit.
- Menggunakan bahasa yang betul. Contohnya Tiga tambah lima sama dengan lapan.
- Menggunakan gambar untuk mewakili nombor-nombor tersebut.
- Menggunakan simbol untuk mewakili operasi tersebut. 3 + 5 = 8
(b) Operasi Tolak
Operasi tolak mempunyai beberapa makna atau pengertian seperti berikut:
- Memisahkan atau mengurangkan kuantiti daripada satu kuantiti keseluruhan dan melihatkan baki yang tinggal.
- Membandingkan dan mencari perbezaan. Ini melibatkan dua kuantiti dan
melibatkan perbezaan.
- Berapa lagi yang diperlukan. Ini melibatkan satu kuantiti keseluruhan yang mana satu bahagian telah diketahui dan kita perlu ketahui bahagian yang tinggal. Nyatakan berapa yang perlu ditambah kepada 3 untuk mendapat 8. ?+ 3 = 8
3.0 PENGUKURAN
Pengukuran adalah satu proses di mana satu nombor diberikan kepada ciri (attribute) (contohnya panjang, berat, kapasiti, luas, isipadu, suhu dan masa) sesuatu objek atau peristiwa. Kebolehan mengukur terbentuk daripada pengalaman, pengelasan, perbandingan dan turutan.
Proses aktiviti pengukuran biasanya perlu melibatkan kanak-kanak merekodkan ukuran, membandingkan ukuran dan menceritakan ukuran yang dilakukan. Dua jenis unit boleh digunakan dalam pengukuran iaitu;
- Arbitrari (arbitrary) – contohnya: jengkal, paper clip, tapak kaki, langkah.
- Unit piawai seperti;
· sentimeter - panjang
· liter - isipadu
· kilogram - berat
· meter persegi - luas
· darjah celcius - suhu
· meter padu - isipadu
Terdapat beberapa peringkat untuk mengajar pengukuran iaitu:
- Mengenalpasti ciri (attribute) dengan membandingkan objek secara:
- Pilih satu unit sama ada unit arbitrari atau unit piawai. Kemudian bandingkan objek dengan unit yang dipilih.
- Cari bilangan unit seperti;
✔ Persepsi – perbandingan persepsi tentang panjang (bandingkan dua objek yang mana lebih panjang atau
adakah ia sama panjang)
✔ Secara langsung – guru menyediakan beberapa bahan konkrit seperti klip kertas, krayon, thumbtack dan lain-lain. Kemudian ukur secara terus dan buat perbandingan.
✔ Secara tidak langsung – berasaskan sesuatu rujukan, murid menggunakan tali untuk mengukur bahan panjang. Tali bertindak sebagai bahan pengukur.
- Pilih satu unit sama ada unit arbitrari atau unit piawai. Kemudian bandingkan objek dengan unit yang dipilih.
- Cari bilangan unit seperti;
✔ Membilang menggunakan instrumen tertentu seperti pembaris, jangka suhu, penimbang dan kalendar.
✔ Menggunakan rumus (formula).
- Laporkan bilangan unit.
4.0 KONSEP MASA
Masa adalah satu konsep yang abstrak dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Konsep masa berkait rapat dengan turutan atau seriasi. Turutan peristiwa seperti akhir, pertama, selepas, sebelum dan di antara menunjukkan idea kedudukan seperti pertama, kedua dan ketiga. Masa boleh diukur dengan dua cara iaitu;
· Tempoh masa (peristiwa yang mengambil kira masa ia berlaku).
· Waktu ia berlaku (ketika waktu itu berlaku).
Unit arbitrari untuk pengukuran masa seperti ayunan bandul, titisan air, denyutan jantung dan jam pasir. Unit formal bagi pengukuran masa pula seperti jam, hari, minggu, bulan dan tahun. Empat pengalaman utama yang berkaitan dengan masa adalah :
- Tempoh Masa (duration) terbahagi kepada pengalaman satu, pengalaman dua dan pengalaman tiga.
*Pengalaman Satu
Memulakan dan menghentikan sesuatu melalui isyarat. Contoh:
· apabila muzik dimainkan, murid mula bertepuk tangan dan berhenti apabila muzik dihentikan.
· kerusi berirama (musical chair)
· statue dance
*Pengalaman Dua
Melalui pengalaman bercerita sesuatu yang berkaitan dengan kadar pergerakan. Contoh: Pantas, lambat
· Berjalan pantas.
· Berlari dengan perlahan
*Pengalaman Tiga
Membuat perbandingan mengikut sela masa (time interval). Contoh:
· Masa yang diambil untuk memenuhkan sesuatu bekas dengan air atau pasir.
· Kadar denyutan nadi dalam satu minit.
- Turutan
*Pengalaman Empat
Menjangka, mengingat dan menerangkan turutan peristiwa tertentu. Contoh:
– Dari bayi kepada kanak-kanak kemudian remaja dan dewasa.
– Kitaran hidup rama-rama.
– Kitaran hidup katak.
– Rutin harian.
– Cara-cara membuat sandwich.
5.0 KONSEP RUANG
Merujuk kepada sesuatu objek yang terletak dalam ruang seperti depan, belakang, atas, bawah, sisi, tengah, luar dan dalam. Kedudukan relatif;
· Kedekatan (proximity) – contohnya, kereta itu lebih dekat dengan pokok berbanding rumah.
· Pemisahan (separation)
– Contohnya, rumah Abu dipisahkan dengan rumah Ali oleh sebatang jalan raya.
· Susunan / urutan (order)
– Contohnya, pensel disusun dari pendek ke panjang.
· Lingkungan (enclosure)
– Contohnya, rumah itu dilingkungi oleh pokok-pokok.
Dua pengalaman utama bagaimana kanak-kanak prasekolah membina dan memahami perkaitan ruang.
· Tindakan ke atas objek
(a) Mengisi dan mengosongkan,
(b) Memasang dan meleraikan objek,
(c) Menukar bentuk dan menyusun objek.
Contoh: meregang getah, melonggokkan buku, melipat kertas, kain dan lain-lain lagi. Murid menghasilkan bentuk menggunakan papan geo (geoboard).
Melibatkan pemerhatian dan tafsiran berhubung dengan ruang.
(a) Memerhati orang lain, tempat dan benda daripada titik pandangan ruang yang berbeza.
(b)Mengalami dan menerangkan kedudukan, arah dan jarak di dalam kelas prasekolah dan bangunan di persekitaran.
(c) Mentafsir perhubungan ruang dalam lukisan, gambar dan foto.
Monday, 15 September 2014
PENGENALAN TUNJANG SAINS DAN MATEMATIK
Tunjang Sains dan Teknologi
Awal Sains
Awal sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekitar mereka menggunakan organ deria dan peralatan mudah.
Awal Matematik
Awal Matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada kanak-kanak ini. Pengalaman ini termasuk konsep pranombor, nombor. operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang. Konsep matematik ini dipelajari pada masa yang khas dan juga disepadukan ke dalam semua aktiviti pembelajaran bertema menggunakan kaedah yang menyeronokkan.
one 一 |
two 二 |
three 三 |
four 四 |
five 五 |
six 六 |
seven 七 |
eight 八 |
nine 九 |
ten 十 |
Subscribe to:
Posts (Atom)